Friday, March 21, 2008

Anwar agen riba IMF

Datuk Husam,

Bolehkah Datuk jelaskan tentang agenda Dinar Emas yang telah ditanyakan oleh Dinar Emas kepada pihak Datuk? Bilakah agaknya Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak boleh mulakan kiosk Dinar Emas?

Saya difahamkan Anwar Ibrahim tidak menyukai/mempercayai Dinar Emas. Dinar Emas ialah wang menurut syariat seperti mana pihak Datuk perjuangkan. IMF pula suatu badan riba terbesar dunia yang anti Dinar Emas kerana tidak iktirafkan emas sebagai mata wang.

Bukankah riba itu diperangi oleh Allah dan RasulNya? Bagaimana pula PAS kelihatan bekerjasama dengan Anwar yang jelas menjadi agen badan riba tersebut seperti yang ditunjukkannya pada tahun 1997?

Semoga Allah selamatkan Datuk dan kita semua dari terperangkap dengan agen dan badan riba itu agar tidak diperangi oleh Allah dan RasulNya.

Rethinking Times
rtktime@gmail.com

No comments: