in http://padi-malaysia.blogspot.com
Assalamualaikum Red1,
Menarik cerita tuan tentang melayu.
Apapun jika kembali ke Perlembagaan Malaysia saya nampak bahawa melayu itu hanya bersandar secara amnya kepada 3 perkara:
1- boleh bercakap dalam bahasa
melayu
2- lazim dengan adat melayu (makan minum, pakaian,...)
3- beragama Islam.
Tidak ada langsung berkenaan darah keturunan atau warna kulit. Maknanya sesiapa sahaja yang ada ketiga-tiga perkara di atas adalah melayu menurut perlembagaan.
Kalau yang hanya boleh bercakap melayu - dia sudah 1/3 melayu. Jika ditambah dengan makan sambal, belacan dan budu dah jadi 2/3 melayu. Jika beragama Islam seperti tuan sahlah tuan melayu 3/3.
Mungkin melayu hanyalah takrifan/gambaran untuk mereka yang lazimnya sudah boleh digelar atau diterima sebagai-the people having the colour of the place. Yakni mereka yang sudah menurut 'warna' tempatan atau menurut warna gelas kata sesetengah orang atau sudah sebati dengan tempat duduknya di sini atau juga sudah menurut cuaca alam tempatan.
Berkait dengan Sultan Parameswara yg tuan sebut - Pandangan saya ialah baginda menjadi titik sambungan melayu baru yg muslim dengan melayu lama yg hindu dan lain2. Keislaman baginda berserta rakyat jelata yg juga sudi memeluk Islam menjadikan kontrak sultan dengan rakyat bersambungan dengan mudah dari dahulu kala hinggalah ke zaman ini. Maka salasilah kesultanan itu umurnya beribu tahun dan diperkuatkan lagi dengan Cahaya Ilahi melalui penerimaan Islam dan perkahwinan campur dengan muslimin yang beriman dari tanah arab.
Kesultanan sebelum Parameswara berlandaskan Sultan dan kesultanan sebagai payung/tunjang negara menurut kaedah orang daerah ini yang beragama (hindu/buddha)ketika itu dan sekarangpun Sultan bersambung juga menjadi payung/tunjang negara untuk orang yg beragama (islam).
Apapun kesultanan adalah tunjang kehidupan/tamaddun untuk orang yang beragama. (agama apa sekalipun).Kita di sini bertuah kerana Cahaya Ilahi melalui Nabi terakhir s.a.w. mudah sampai kepada Sultan Parameswara dan para Sultan lain di kawasan ini.
Orang yang datang ke daerah ini dari benua lain dahulu dan sekarang kadang-kadang ada yang lari dari raja atau sultan masing-masing. Tetapi apabila tiba ke sini maka hendaklah mereka terima sultan/raja di sini pula. Apabila mereka juga sudah boleh bercakap bahasa melayu, berbudi bahasa (dan makan sambal budu?)lagi muslim maka lengkaplah dia menjadi orang melayu (suka atau tak suka).
Akhir kalam kalau tuan mahu kurangkan kemelayuan tuan - jangan makan sambal belacan maka hilanglah 1/3 melayu.
wassalam
rtk
from rethinking times
http://rtktime.blogspot.com/
1 comment:
Sdr Rtk,
Tak leh... saya tak boleh hilang satu petiga Melayu tuuu... saya memang suka sangat sambal belaceh, terutamanya yang tempoyak dan cincaloh.. yang budu tu lagilah tolonglah jangan sekali-kali disebut-sebut.. pantang terkena, habis periuk nanti.
sesama Melayu,
Redhuan D. Oon
Post a Comment